PEMBEDAHAN untuk melahirkan anak yang dikandung dinamakan pembedahan
caesarian section.
Pembedahan sebegini boleh dilakukan melalui pembukaan yang sama di kulit iaitu secara melintang, di bahagian bawah perut ataupun secara menegak di antara pusat hingga ke pubis.
Pembedahan sebegini boleh dilakukan melalui pembukaan yang sama di kulit iaitu secara melintang, di bahagian bawah perut ataupun secara menegak di antara pusat hingga ke pubis.
Parut
yang terbentuk di kulit (luar) tidak mungkin pecah setelah sembuh
walaupun sudah dibedah beberapa kali. Setiap kali pembedahan yang baru
dilakukan parut yang telah terbentuk akan dibuang dan parut baru akan
terbentuk. Perlu diketahui bahawa kulit boleh ditegangkan beberapa kali
ganda tanpa ianya pecah terburai. Keadaan ini boleh diperhatikan
apabila seseorang ibu hamil kembar ataupun hamil berganda melebihi dua
atau apabila perut sudah terlalu gemuk hingga perut membuncit.
Keadaan ini amat berbeza bagi parut pada rahim (dalam abdomen) yang terbentuk setelah pembedahan caesarian dilakukan. Kekuatan parut yang terbentuk pada rahim bergantung kepada beberapa faktor iaitu :
Keadaan ini amat berbeza bagi parut pada rahim (dalam abdomen) yang terbentuk setelah pembedahan caesarian dilakukan. Kekuatan parut yang terbentuk pada rahim bergantung kepada beberapa faktor iaitu :
1-penyembuhan yang sempurna tanpa jangkitan kuman. Tanda jangkitan berlaku pada parut rahim ialah pengeluaran darah nifas yang busuk, pendarahan nifas yang banyak, demam dan sakit perut. Parut yang dijangkiti kuman semasa proses penyembuhan akan menjadi lemah.
2- jenis pembedahan kelahiran yang dilakukan.Parut yang dibuat di bahagian bawah rahim “lower segment caesarian section” (LSCS) adalah lebih kuat daripada parut yang dibuat menegak pada otot rahim
“classical caesarian section”. Parut yang berbentuk T terbalik pada otot
rahim adalah parut yang paling lemah.
3- kekerapan pembedahan yang dilakukan pada rahim. semakin banyak bilangan pembedahan yang melibatkan rahim seperti kelahiran dan membuang fibroid semasa tidak hamil menjadikan parut rahim semakin lemah.
Risiko parut rahim lemah
Apabila doktor membincangkan tentang kekuatan parut dan kemungkinan
berlakunya pecah pada parut pembedahan caesarian semasa kehamilan atau
semasa proses bersalin, yang dirisaukan ialah parut pada otot rahim
bukan parut pada kulit. Ramai pasangan keliru mengenai fakta parut ini.
Oleh itu seseorang ibu yang telah menjalani pembedahan caesarian dan
ingin mencuba melahirkan anak yang seterusnya secara normal perlu
dipastikan bahawa parut pada otot rahimnya kuat (tidak ada faktor yang
melemahkannya seperti yang dibincangkan di atas) dan saluran
kelahirannya (tulang pelvis) cukup besar dan tidak sempit (cephalopelvic
disproportion).
Melahirkan
anak melalui saluran tulang pelvis yang sempit dan pada masa sama
mempunyai parut pada rahim akan meninggikan risiko parut di otot rahim
itu pecah disebabkan saluran “tersumbat” dan rahim akan pecah pada
tempat yang paling lemah ia itu pada parutnya. Risiko untuk parut pada rahim pecah adalah lebih tinggi jika seseorang
ibu mengalami kesakitan untuk bersalin (labour).
Parut rahim yang pecah boleh menjejaskan nyawa ibu dan anak yang
dikandung. Keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan yang banyak.
Lazimnya kadar parut yang pecah bagi “lower segment caesarian section”
adalah antara 0.5% -2 %. Risiko parut pecah berlaku lebih tinggi jika
terdapat faktor-faktor yang melemahkan kekuatan parut itu ataupun jika
telah terdapat lebih daripada satu pembedahan caesarian.
Perlu
diingatkan juga bahawa lagi banyak pembedahan dilakukan akan
membuatkan pembedahan seterusnya menjadi lebih susah disebabkan oleh
pelekatan organ-organ seperti usus dan pundi-pundi kencing. Berulangnya
pembedahan caesarian juga meninggikan risiko uri di bawah menutupi
saluran kelahiran, plasenta praevia dan juga keadaan uri melekat pada
otot rahim (placenta accreta).
Kesimpulan
Oleh kerana risiko yang dihadapi oleh wanita yang menjalani kaedah kelahiran melalui pembedahan amat tinggi. wajarlah penjagaan semasa berpantang dilakukan secara serius. Selalunya tempoh berpantang mengambil masa yang lebih lama berbanding mereka yang bersalin secara normal.Ini kerana Walaupun bayi dilahirkan tanpa melalui pintu rahim atau faraj, keadaan rahim tetap bengkak, malah lebih serius akibat luka-luka pembedahan yang dilakukan ke atasnya. Luka-luka itu bukan sahaja di bahagian rahim tetapi juga lapisan demi lapisan kulit yang dibelah.
Saranan
