Rahsia Kesihatan Dan Kecantikan Semulajadi

Thursday, October 24, 2013

  • =*=*=SIHAT SEPANJANG HAYAT=*=*=

    GOUT


    Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.


    Apakah Asid Urik?


    Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.



    Bagaimana Gout terjadi?


    Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.





    Siapakah yang berisiko?



    Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Namun ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
    Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan.


    Tanda-tanda gout


    ~ Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
    ~ Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
    ~ Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
    ~ Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
    ~ Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
    ~ Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
    ~ Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

    Komplikasi akibat penyakit gout
    -Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
    -Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
    -Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
    -Kegemukan
    -Darah tinggi
    -Hiperlipidemia
    -Diabetes

    RAWATAN
    Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya antaranya:


    Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.

    Antara rawatan yang boleh dilakukan ialah:

    1) Rehatkan sendi semasa serangan gout


    2) Makan ubat yang diberikan oleh doktor.


    Ubat-ubatan yang digunakan untuk pesakit gout dan kesan sampingannya.


    Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.

    Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

    Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

    Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang. Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain.

    Walaubagaimanapun, pil steroid tidak boleh diambil berpanjangan.
    Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.


    3) menjaga PEMAKANAN. Elakkan memakan makanan yang kaya dengan purin seperti
    daging binatang, makanan laut, kekacang.


    Makanan KAYA PURIN ( mesti dielak)
    >> Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
    >>Ikan bilis, kembung, sardin
    >>Daging cincang
    >>Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
    >>Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang

    Makanan yang ada PURIN tetapi boleh makan dalam kuantiti yang sedikit
    >>Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
    >>Peanuts, lentil, beans dan peas
    >>Poultry
    >>Roti jagung dan bijirin


    4) Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.

    5) Mengelakkan minuman keras

    6) Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal.
    Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout.


    7) 
    Minum banyak air



    8) amalkan makanan kesihatan.

    BERITA BAIK!!!ada penawar bagi pesakit gout...


    Jeli gamat gold , spirulina pacifica dan Kril omega plus dapat menyembuh kan pesakit Gout.


    * jeli gamat gold bertindak memperbaiki sel-sel yang rosak.

    * spirulina bertindak meneutralkan asid yang berlebihan dalam badan dengan melalui proses detox 

    * kril omega plus khusus untuk mengatasi radang sendi .


    PRODUk LUXOR GAMAT GOLD MEMANG TERBUKTI BERKESAN !!!
     




  • Copyright @ 2013 Jeligamat Emas.