• BIO C COMPLEX

    Kenapa Kita Harus Mengambil Lebih Vitamin-C?

    Pencemaran udara, kepanasan cuaca, tekanan kerja menyebabkan ramai yang menyalahgunakan ubat, merokok, meminum arak atau mengambil trankuilizer untuk meredakan keresahan. Tabiat ini menyebabkan kita kehilangan vitamin C. Justeru itu, bagaimanakah kita mendapatkan bekalan vitamin C yang mencukupi? Jikalau tidak, kita akan menghadapi pelbagai masalah kesihatan.

    Pada peringkat awal, kita akan menghidap selesema, gusi berdarah apabila kita memberus gigi, mudah berasa letih, tekanan darah menurun, saluran darah halus mudah pecah seperti vena varikos (salah satu tanda ialah kesan lebam pada badan selepas bangun.) Kita juga mudah hilang selera makan, sakit kepala, kulit kepala tidak bermaya dan mudah berkedut. Kita sering mengabaikan kesan-kesan ini. Namun, masalah ini akan menjadi semakin serius dan membawa penyakit seperti anemia, artritis, dan sebagainya. Kandungan darah yang berasid, merupakan tanda-tanda awal tekanan darah tinggi.

    Kekurangan Vitamin C mengakibatkan kehilangan zat besi dan badan sukar menyerap zat Kalsium. Ini seterusnya menyebabkan osteoporosis dan masalah luka sukar sembuh. Bagi mereka yang merokok, keperluan vitamin C adalah lebih tinggi kerana sebatang rokok akan merosakkan 25mg vitamin C dalam badan, iaitu bersamaan dengan jumlah vitamin C dalam 3 biji oren segar. Mereka yang mendapatkan rawatan perubatan jangka panjang juga harus lebih mengambil vitamin C ini. Pendek kata, Bio C Complex merupakan pilihan vitamin C yang paling sesuai untuk kita semua.

    Apakah Bio C Complex?


    Bio C Complex ialah "4 kali ganda tindakan vitamin C" ("Quadruple Action Vitamin C").

    Vitamin C yang "Ketersediaan Bio" ("Body Ready" Vitamin C).

    Meningkatkan daya ketahanan badan.

    Menurunkan paras gula darah.

    "Jaminan" untuk kesihatan otak.

    Ramuan penting Bio-C Complex, Kalsium Askorbat, merupakan vitamin C yang dirumus khas dengan asid treonina yang menjadikannya vitamin C yang “Sedia Diserap” oleh badan.

    Vitamin C tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Jadi, ia hanya boleh didapati melalui pemakanan.

    Vitamin C adalah vitamin larut air. Justeru itu, badan kita mudah kehilangan vitamin C melalui perpeluhan apabila terdedah kepada matahari yang terik, merokok, meminum arak, kesan ubat lain atau tekanan hidup.

    Vitamin C membantu badan menyerap vitamin dan mineral lain dan menyingkirkan toksin.

    Berupaya meneutralkan keasidan atau kealkalian dalam tubuh badan kita.

    Mempunyai lebih 4 kali khasiat dengan kandungan asid oksalat dikurangkan sebanyak 80%. Ia tidak akan menyebabkan pembentukan batu karang ginjal.

    Kelebihan :

    • Kalsium Askorbat Bio-C Complex mempunyai nilai pH yang neutral. Justeru, ia amat sesuai untuk badan.
    • Diperkayakan dengan Asid Lipoik Alfa, Zink dan Selenium
    Asid Lipoik Alfa
    Menstabilkan paras gula dalam darah dan merendahkan kolesterol.
    Melindungi otak daripada kerosakan dan memulihkan fungsi otak yang sihat sekiranya   aliran darah ke otak tersekat.
    Melindungi Hati.
    Mencegah Katarak.
    Melegakan kekebasan, semut-semut dan lain-lain simptom kerosakan saraf dalam pesakit diabetes.
    Membantu badan menyerap vitamin-vitamin seperti Vitamin C dan E dengan lebih mudah.
    Zink
    Menyokong tindakan vitamin C dengan meningkatkan ketahanan sel-sel imun untuk menyasar dan memusnahkan punca jangkitan.
    Selenium
    Membantu menggandakan sel- sel imun untuk menghasilkan antibodi bagi membasmi virus/bakteria.

    Kajian :

    • Kajian menunjukkan bahawa tubuh anda memerlukan vitamin C cukup untuk membakar lemak.
    • Kekurangan vitamin C boleh mengganggu perkembangan otak bayi dalam kandungan.
    • Bahkan, sekarang para saintis telah menemui bagaimana vitamin C mungkin menghentikan pertumbuhan sel kanser.
    • Vitamin C untuk mengubati Sepsis.
      Vitamin C tidak hanya boleh mencegah timbulnya sepsis (jangkitan kuman dalam darah), tetapi juga boleh menterbalikkan penyakit.

  • Copyright @ 2013 Jeligamat Emas.