Rahsia Kesihatan Dan Kecantikan Semulajadi

Friday, January 3, 2014

  • =*=*=SIHAT SEPANJANG HAYAT=*=*=


    SEMBELIT

    Ia merupakan masalah yang dialami oleh individu yang buang air besar kurang daripada 3 kali seminggu, yang diikuti oleh mengerang (straining), sakit sewaktu buang air, dan buang air dengan sukar. Biasanya najis adalah keras dan berketul ketul dan kering. 

    Individu yang menghidapi masalah sembelit harus peka dengan penemuan darah atau lendir dalam najis kerana kewujudan darah atau lendiran mukus boleh membawa petanda masalah yang lebih serius seperti polyps (ketumbuhan pre kanser) atau penyakit radang usus besar.

    Pengumpulan gas ini adalah akibat daripada najis tidak dapat keluar dariapada usus. Ketegangan pada usus ini seterusnya menyebabkan kesakitan dan rasa tidak selesa.

    Secara umumnya, masalah sembelit adalah berpunca daripada kurangnya minum air. Kuantiti air yang perlu diminum oleh setiap individu dewasa ialah sebanya 2.5 liter air sehari. Kurangnya minum air boleh menyebabkan najis mengeras dan menyukarkan pergerakan najis keluar daripada salur rektum (salur usus yang terakhir). 

    KURANG MAKANAN PELAWAS seperti sayuran dan buah buahan juga menyumbang kepada berlakunya masalah sembelit. Pelawas (fiber) adalah bahagian serat pada buah buahan dan sayur sayuran yang tidak dapat dicernakan oleh badan dan ia dibuang keluar melalui najis. Serat/pelawas ini berupaya menyerap air dan memastikan najis lebih lembut dan mudah untuk ditolak keluar dari usus akhir (rektum).

    BERSUKAN juga tidak kurang pentingnya bagi mengelakkan masalah sembelit. Hal ini mungkin kerana dengan bersukan, pergerakan najis keluar dari usus menjadi lebih cepat.

    UMUR yang lanjut juga merupakan faktor berlakunya masalah sembelit. Selain itu, pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan biasanya mempunyai usus yang kurang aktif dan sakit dan ini boleh menyebabkan masalah sembelit. Tandas yang jauh dari rumah (tandas kampung) menyebabkan seseorang itu takut untuk keluar malam untuk buang air, juga walaupun nampak remeh, menyebabkan masalah sembelit.

    Selain masalah masalah umum yang biasa kita jumpa di atas, terdapat masalah masalah lain yang lebih serius yang boleh membawa kepada masalah sembelit. Antaranya ialah:
    \


    >Luka pada lubang dubur.



    >Rektum runtuh



    >Terdapatnya kanser pada rektum



    >Ulser pada lapisan dinding usus (mukosa)



    >Radang usus besar Ulcerative colitis dan Crohn's disease (mereka juga membawa kepada masalah cirit birit)

    >Radang diverticulum

    RAWATAN


    Berita baik di sini !!
    JELI GAMAT GOLD & SPIRULINA PACIFICA dapat membantu anda untuk menyelesaikan masalah sembelit. Jeli gamat Gold akan melembutkan usus anda dan memudahkan proses pristalsis berlaku..Spirulina pacifica akan membuang segala toksin yang terkumpul di dalam badan anda tanpa mengganggu bakteria baik di dalam perut anda. Cuba hari ini untuk mengempiskan perut dan mengatasi masalah sembelit..
  • Thursday, October 24, 2013

  • =*=*=SIHAT SEPANJANG HAYAT=*=*=

    GOUT


    Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.


    Apakah Asid Urik?


    Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.



    Bagaimana Gout terjadi?


    Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.





    Siapakah yang berisiko?



    Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Namun ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
    Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan.


    Tanda-tanda gout


    ~ Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
    ~ Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
    ~ Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
    ~ Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
    ~ Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
    ~ Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
    ~ Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

    Komplikasi akibat penyakit gout
    -Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
    -Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
    -Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
    -Kegemukan
    -Darah tinggi
    -Hiperlipidemia
    -Diabetes

    RAWATAN
    Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya antaranya:


    Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.

    Antara rawatan yang boleh dilakukan ialah:

    1) Rehatkan sendi semasa serangan gout


    2) Makan ubat yang diberikan oleh doktor.


    Ubat-ubatan yang digunakan untuk pesakit gout dan kesan sampingannya.


    Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.

    Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

    Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)

    Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang. Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain.

    Walaubagaimanapun, pil steroid tidak boleh diambil berpanjangan.
    Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.


    3) menjaga PEMAKANAN. Elakkan memakan makanan yang kaya dengan purin seperti
    daging binatang, makanan laut, kekacang.


    Makanan KAYA PURIN ( mesti dielak)
    >> Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
    >>Ikan bilis, kembung, sardin
    >>Daging cincang
    >>Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
    >>Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang

    Makanan yang ada PURIN tetapi boleh makan dalam kuantiti yang sedikit
    >>Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
    >>Peanuts, lentil, beans dan peas
    >>Poultry
    >>Roti jagung dan bijirin


    4) Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.

    5) Mengelakkan minuman keras

    6) Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal.
    Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout.


    7) 
    Minum banyak air



    8) amalkan makanan kesihatan.

    BERITA BAIK!!!ada penawar bagi pesakit gout...


    Jeli gamat gold , spirulina pacifica dan Kril omega plus dapat menyembuh kan pesakit Gout.


    * jeli gamat gold bertindak memperbaiki sel-sel yang rosak.

    * spirulina bertindak meneutralkan asid yang berlebihan dalam badan dengan melalui proses detox 

    * kril omega plus khusus untuk mengatasi radang sendi .


    PRODUk LUXOR GAMAT GOLD MEMANG TERBUKTI BERKESAN !!!
     




  • Friday, September 27, 2013

  • Info BERSALIN SECARA PEMBEDAHAN

    PEMBEDAHAN untuk melahirkan anak yang dikandung dinamakan pembedahan caesarian section.

    Pembedahan sebegini boleh dilakukan melalui pembukaan yang sama di kulit iaitu secara melintang, di bahagian bawah perut ataupun secara menegak di antara pusat hingga ke pubis.



     

    Parut yang terbentuk di kulit (luar) tidak mungkin pecah setelah sembuh walaupun sudah dibedah beberapa kali. Setiap kali pembedahan yang baru dilakukan parut yang telah terbentuk akan dibuang dan parut baru akan terbentuk. Perlu diketahui bahawa kulit boleh ditegangkan beberapa kali ganda tanpa ianya pecah terburai. Keadaan ini boleh diperhatikan apabila seseorang ibu hamil kembar ataupun hamil berganda melebihi dua atau apabila perut sudah terlalu gemuk hingga perut membuncit.

    Keadaan ini amat berbeza bagi parut pada rahim (dalam abdomen) yang terbentuk setelah pembedahan caesarian dilakukan. Kekuatan parut yang terbentuk pada rahim bergantung kepada beberapa faktor iaitu :

    1-penyembuhan yang sempurna tanpa jangkitan kuman. Tanda jangkitan berlaku pada parut rahim ialah pengeluaran darah nifas yang busuk, pendarahan nifas yang banyak, demam dan sakit perut. Parut yang dijangkiti kuman semasa proses penyembuhan akan menjadi lemah. 

    2- jenis pembedahan kelahiran yang dilakukan.Parut yang dibuat di bahagian bawah rahim “lower segment caesarian section” (LSCS)  adalah lebih kuat daripada parut yang dibuat menegak pada otot rahim “classical caesarian section”. Parut yang berbentuk T terbalik pada otot rahim adalah parut yang paling lemah.

     
    3- kekerapan pembedahan yang dilakukan pada rahim. semakin banyak bilangan pembedahan yang melibatkan rahim seperti kelahiran dan membuang fibroid semasa tidak hamil menjadikan parut rahim semakin lemah.

    Risiko parut rahim lemah

    Apabila doktor membincangkan tentang kekuatan parut dan kemungkinan berlakunya pecah pada parut pembedahan caesarian semasa kehamilan atau semasa proses bersalin, yang dirisaukan ialah parut pada otot rahim bukan parut pada kulit. Ramai pasangan keliru mengenai fakta parut ini. Oleh itu seseorang ibu yang telah menjalani pembedahan caesarian dan ingin mencuba melahirkan anak yang seterusnya secara normal perlu dipastikan bahawa parut pada otot rahimnya kuat (tidak ada faktor yang melemahkannya seperti yang dibincangkan di atas) dan saluran kelahirannya (tulang pelvis) cukup besar dan tidak sempit (cephalopelvic disproportion). 

    Melahirkan anak melalui saluran tulang pelvis yang sempit dan pada masa sama mempunyai parut pada rahim akan meninggikan risiko parut di otot rahim itu pecah disebabkan saluran “tersumbat” dan rahim akan pecah pada tempat yang paling lemah ia itu pada parutnya. Risiko untuk parut pada rahim pecah adalah lebih tinggi jika seseorang ibu mengalami kesakitan untuk bersalin (labour).

    Parut rahim yang pecah boleh menjejaskan nyawa ibu dan anak yang dikandung. Keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan yang banyak. Lazimnya kadar parut yang pecah bagi “lower segment caesarian section” adalah antara 0.5% -2 %. Risiko parut pecah berlaku lebih tinggi jika terdapat faktor-faktor yang melemahkan kekuatan parut itu ataupun jika telah terdapat lebih daripada satu pembedahan caesarian. 

    Perlu diingatkan juga bahawa lagi banyak pembedahan dilakukan akan membuatkan pembedahan seterusnya menjadi lebih susah disebabkan oleh pelekatan organ-organ seperti usus dan pundi-pundi kencing. Berulangnya pembedahan caesarian juga meninggikan risiko uri di bawah menutupi saluran kelahiran, plasenta praevia dan juga keadaan uri melekat pada otot rahim (placenta accreta). 

    Kesimpulan

    Oleh kerana risiko yang dihadapi oleh wanita yang menjalani kaedah kelahiran melalui pembedahan amat tinggi. wajarlah penjagaan semasa berpantang dilakukan secara serius. Selalunya tempoh berpantang mengambil masa yang lebih lama berbanding mereka yang bersalin secara normal.Ini kerana Walaupun bayi dilahirkan tanpa melalui pintu rahim atau faraj, keadaan rahim tetap bengkak, malah lebih serius akibat luka-luka pembedahan yang dilakukan ke atasnya. Luka-luka itu bukan sahaja di bahagian rahim tetapi juga lapisan demi lapisan kulit yang dibelah. 

    Saranan


  • Tuesday, September 10, 2013


  • =*=*=SIHAT SEPANJANG HAYAT=*=*=


    Kenapa anda perlukan Pek PCN luxor?

    Permasalahan 

    1. Semakin banyak umur kita, semakin tua sel kita sekaligus menyebabkan fungsi organ badan kita semakin kurang produktivitinya.  sebagai contoh pengeringan minyak gris di bahagian2 sendi terutama lutut. Anda selalu dengarkan keluhan warga tentang masalah lutut mereka? 

    selain itu semakin tua sel, menyebabkan semakin kurang pertumbuhan sel baru dan menyebabkan ketidakseimbangan penghasilan hormon dalam badan.


    2. Cuba anda perhatikan gaya hidup masa kini yang membuatkan tubuh kurang bergerak dan cara pemakanan yang lebih banyak bersifat asid juga menimbulkan pelbagai masalah kesihatan. Contohnya sistem perkumuhan terganggu menyebabkan toksin tidak dapat dibuang sepenuhnya dari badan. Racun toksik itu akan tersimpan dalam badan dan menyebabkan sakit urat,
    lenguh-lenguh badan, tekanan darah tinggi. Gaya hidup yang kurang aktif juga boleh membawa kepada risiko migrain kerana pengaliran darah beroksigen keotak berkurang dan ia juga boleh membebankan fungsi hati. Pola pemakanan yang tidak sihat juga juga akan menjadi faktor penyebab anda cepat dapat sakit.

    Penyelesaian

    1. Anda mestilah mengamalkan cara hidup yang sihat. Rajin-rajin bersenam.
    2. Amalkan pemakanan sihat dan seimbang.
    3. Amalkan makan makanan tambahan set PCN Excel Pack yang mempunyai kuasa penyembuhan semulajadi. 






    PEK PCN Excel Pack DI DATANG KAN LENGKAP UNTUK MENGATASI SEMUA KELUHAN MENGENAI KESIHATAN ANDA


    CUBALAH SEKARANG 

    &

    RASAI KEHEBATANNYA!!!

  • Di petik dari perkongsian rakan facebook

    =======================================================================

    Dr. Brian Berry of the United States has found new cancer in human beings, caused by Silver Nitro Oxide. Whenever you buy recharge cards, don’t scratch with your nails, as it contains Silver Nitro Oxide coating and can cause skin cancer. Share this message with your loved ones.
    Important Health Tips:
    Answer phone calls with the left ear.
    Don't take your medicine with cold water....
    Don't eat heavy meals after 5pm.
    Drink more water in the morning, less at night.
    Best sleeping time is from 10pm to 4 am.
    Don’t lie down immediately after taking medicine or after meals.
    When phone's battery is low to last bar, don't answer the phone, bcos the radiation is 1000 times stronger.
    Can you forward this to people you care about?
    I just did,
    Kindness costs nothing
    But
    Knowledge is power...
    🚫🚫🚫 IMPORTANT 🚫🚫🚫

    U.S.A. CHEMICAL Research Center Gives New Result : Dont Drink Tea in Plastic Cups n Dont Eat Any Food on Polythene Paper. The plastic reacts to heat n It Will Cause 52 Types of Cancers. So, This Good sms is Equal to 100 Waste sms. Pls Forward to All whom U care.


    =========================================================================

    Kesimpulan yang dapat dibuat adalah kita memang sudah terdedah kepada semua bahaya ini. Apa yang boleh kita lakukan adalah ambil langkah pencegahan untuk diri kita.

    Bagaimana caranya? amalkan memakan Jeligamat Gold dan Spirulina Pacifica sejak kita masih sihat lagi sebagai langkah pencegahan untuk diri kita.

     Amalkan



    Jeligamat GOLD bertindak sebagai pencegah penyakit



    Spirulina Pacifica bertindak Membuang toksin dan mengkhasiatkan tubuh



  • Monday, September 9, 2013


  • 6 Tips Wanita Mengekalkan Kesihatan Dan Kecantikan


    Sering terjadi apabila wanita yang berusia 30 tahun keatas mula lupa menjaga penampilan diri dari segi pemakaian dan kesihatan. Terutamanya wanita yang sudah berumah tangga.

    Punca dan faktor utama adalah disebabkan kesuntukkan masa untuk menguruskan diri sendiri dan mengambil sikap ala kadar ditambah lagi dengan kesibukkan menguruskan rumah tangga, anak-anak, kerja pejabat dan hal-hal lain.

    Kesihatan dan penampilan diri harus kita titikberatkan supaya sentiasa nampak kelihatan bertenaga, sihat, segar dan bergaya. Saya pasti ramai wanita yang berkeluarga berkeinginan mempunyai ruang untuk memanjakan diri sendiri.

    Saya ingin berkongi sedikit tips super power untuk wanita bagaimana mengekalkan kesihatan dan penampilan diri yang baik tanpa meninggalkan rutin harian anda yang sentiasa sibuk.

    Sekurang-kurangnya ambil sedikit masa untuk diri anda.

    1- Pemakanan Dan Diet Yang Seimbang


    Amalkan pemakanan yang seimbang, ianya penting kerana kawalan makanan dapat melambatkan proses penuaan.

    Harus kita elakkan makanan berlemak, seeloknya banyakkan makan makanan yang direbus seperti ikan, daging dan produk tenusu rendah lemak, sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin.

    Disamping pemakanan yang seimbang dan bersenam, badan kita juga memerlukan supplement untuk membantu keseimbangan diet dalam badan kita. Pengambilan meal supplement juga perlu untuk mengekalkan diet yang seimbang.

    Terdapat beberapa sumber makanan dalam alam semula jadi yang tinggi dalam antioksidan. Masukkan dalam diet harian anda, ia berkesan menjaga kulit anda dari penuaan.

    Sumber makanan yang tinggi dalam antioksidan termasuk blueberry, strawberry, acai berry, tembikai dan teh hijau.

    2- Mineral


    Minum banyak air, ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamanya kulit muka.

    Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit.

    Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

    3-Vitamin


    Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang.

    Jadi pengambilan vitamin adalah salah satu alternatif terbaik dan ianya cukup sesuai disamping dapat membantu menyelesaikannya.

    Anda juga perlu mencari keseimbangan dalam semua nutrien penting dalam diet anda dengan semua vitamin dan mineral yang anda ambil untuk kesihatan yang baik seperti Vitamin A, C, E dan zink serta kalium.

    Berat badan berlebihan meningkatkan risiko diabetes, hipertensi dan penyakit jantung.

    DISYORKAN untuk mengamalkan Set PCN Excel Pack untuk mendapatkan kesihatan optimum. Sekiranya tidak mampu bolehlah mengamalkan Jeligamat GOLD dan Spirulina Pacifica sebagai langkah pencegahan. 


    4- Penjagaaan Wajah


    Guna pelembap yang sesuai. Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan.

    Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka anda . Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit muka kita.

    Elakkan bermekap tebal, wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana.

    Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.

    5-Senaman Dan Kekal Sihat


    Latih minda anda dengan melakukan teka-teki, mengambil kelas senaman, membaca dan menulis.

    Supaya anda sentiasa peka, bijak dan tidak ketinggalan zaman dengan keadaan semasa yang berlaku disekeliling anda.

    Sentiasa bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan.

    Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

    6-Penampilan Cantik, Kemas Dan Menarik
     

    Apabila kita meningkat umur, kita mula malas untuk berpenampilan cantik, kemas dan menarik, ini harus dielakkan.

    Didalam Islam juga menggalakkan wanita sentiasa menjaga penampilan diri, maksud saya bukan berpenampilan seksi tetapi biarlah apa yang kita pakai kelihatan kemas dan menarik. Kena dengan keadaan semasa.

    Penampilan yang menarik mampu memberi keyakinan kepada diri kita dalam melakukan kerja- kerja dan aktiviti harian.

    Ringkasan Tip Untuk Wanita


    Ada perbezaan diantara wanita yang mengamalkan dan tidak mengamalkan tip-tip diatas. Banyak kita lihat wanita yang kurang berkeyakinan dalam bergaul, lemah, takut, suka mengasingkan diri.

    Ini antara sebab seseorang wanita itu merasa murung, cepat penat, tekanan dan tidak mempunyai keyakinan diri. Kita hendaklah sentiasa amalkan sikap positif, sentiasa ceria selalu terutama bersama orang yang tersayang.

    Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan dan menghilangkan tekanan didalam diri.

    Lakukanlah untuk diri anda dan keluarga anda, bukan untuk orang lain Tips Wanita Mengekalkan Kesihatan Dan Kecantikan

  • Sunday, September 8, 2013

  • Apakah Kebaikan Jeli Gamat GOLD?

    1- Awet Muda

    Ramai yang tidak mengetahui bahawa gamat mengandungi 90% protein kolagen semulajadi dan mengandungi antioksidan yang tinggi yang berfungsi malawan radikal bebas yang merosakkan sel-sel termasuk sel kulit dan juga ia merangsang kecantikan kulit, meningkatkan peredaran darah, menguatkan struktur, melembutkan serta memperlahankan proses penuaan pada kulit. Dalam erti kata lain, ia merupakan RAHSIA AWET MUDA. Perubahan ketara dalam sebulan setelah mengamalkan gamat, anda akan mendapati kulit muka terutamanya menjadi tegang, pipi kelihatan montok seolah-olah kesan disuntik dengan botok atau kolagen atau vitamin c. Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui bahawa sumber asal kolagen yang tertinggi datangnya dari haiwan dan bukannya daripada tumbuhan sebagai mana didakwa oleh sesetengah pihak. Sebab itu, lagenda Mahsuri dikaitkan kejelitaannya dengan amalan memakan gamat.

    2- Wanita Selepas Bersalin

    Ia juga baik untuk wanita selepas bersalin, membantu menyembuh luka-luka pembedahan dan memulihkan fungsi sistem peranakan. Dalam Gamat terdapat sejenis bahan iaitu Serine yang membantu memulihkan luka-luka terutama selepas bersalin. Kandungan Serine nya 2.5 kali ganda lebih tinggi berbanding ikan haruan. Kesan luka pada bahagian tersebut dapat bercantum semula tanpa meninggalkan kesan parut berbanding mereka yang memakan ikan haruan. Bagus untuk menambah kandungan susu badan dan ia mengandungi omega-3 yang tinggi untuk perkembangan otak bayi. Bagi yang menyusu badan disyorkan amalkan sekali dengan Spirulina Pacifica kerana ia membekalkan 46 zat yang diperlukan badan dan bayi.

    3- Orang yang Aktif

    Mempercepatkan pemulihan tenaga dan mengelakkan keletihan terutama mereka yang aktif bersenam dan bersukan. Bagi pertambahan tenaga untuk anda kekal aktif, amalkan Spirulina Pacifica yang kaya dengan protein dan karbohidrat.

    Membantu penyembuhan ulser, gastrik dan pendarahan usus. Gastrik terjadi kerana lapisan bendalir yang memisahkan antara permukaan dinding perut dan asid dalam perut menipis atau tiada sehingga menyebabkan luka pada dinding perut. Gamat membantu membina semula lapisan bendalir ini dan memperbaiki sistem pencernaan. Ditambah pula Spirulina Pacifica dapat meneutralkan asid dalam badan yang berlebihan kerana ia 100% alkali. Ini penting bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk sehingga ke tahap kanser perut atau kanser usus.

    Mengurangkan sakit urat, saraf dan kesakitan pada otot badan dan sendi. Bagi masalah sendi yang berpunca daripada kehausan atau kekeringan cecair 'minyak gris', Gamat adalah jawapannya kerana kombinasi Glukosamina dan Kondroitin Sulfat (Gags) yang terdapat di dalamnya membantu mengurangkan keradangan dan sebatian aktif yang terdapat dalam gamat menghasilkan semula  lapisan cecair 'minyak gris'. Bagi memantapkan lagi penjagaan sendi anda, disyorkan juga dengan pengambilan Krill Omega Plus bagi memelihara sendi.

    Membantu mengurangkan simptom sembelit dan penyembuhan masalah buasir. Menurut statistik di Malaysia, antara 10 lelaki dewasa, 7 daripadannya menghidap buasir. Bagi membantu masalah ini selesai dengan lebih cepat, amalkan sekali Spirulina Pacifica yang bertindak sebagai agen detoksifikasi yang berkesan.

    Mengandungi bahan penenang semulajadi yang membantu menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan. Bagi mereka yang sering mengambil panadol atau ubat penahan sakit, hentikan segera amalan tersebut kerana menurut beberapa kajian mendapati sebiji panadol yang masuk ke dalam badan anda, ia akan tersimpan selama setahun setengah untuk dicernakan daripada badan. DAN menakutkan ia tersimpan di dalam hati atau buah buah pinggang dan kesan jangka panjang, ia mendatangkan kesan kepada masalah kesihatan yang lain pula. Berita baik, menurut kajian, Gamat mengandungi bahan yang bertindak seperti 'morfin' semulajadi yang mana ia bertindak sebagai pelali (analgelsik) atau sebagai penahan sakit semulajadi.

    Mengurangkan masalah resdung dan asma atau lelah. Ia membantu dengan mengurangkan kesan alahan yang menyebabkan masalah di atas. Sebagai tambahan kepada masalah resdung, amalkan juga Bio C untuk menguatkan semula sistem imun agar boleh mengatasi kesan alahan.

    Mencegah kanser dengan memperbaiki sel-sel yang rosak, merangsang pertumbuhan sel-sel baru & menguatkan semula sel-sel yang lemah. Kepada pesakit kanser yang masih ingin berikhtiar disyorkan amalkan Spirulina Pacifica yang bertindak sebagai agen anti kanser berkesan.

    Menyembuhkan kulit terbakar, menghidupkan dan memperbaiki tisu & sel badan

    Boleh membuang toksik dalam badan. Bagi membantu proses detoksifikasi dengan efektif, amalkan sekali dengan Spirulina Pacifica.

    Boleh menghentikan batuk, selesema (mengeluarkan kahak) terutama bagi bayi yang ada masalah batuk atau ada kahak akan keluar melalui najis atau muntah.

    Mengurangkan paras kolesterol dalam darah dan juga mencairkan plak-plak kolesterol yang telah mengeras dalam saluran darah. Bagi anda yang mengalami masalah kolesterol dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan semula selepas 3 bulan supaya paras bacaannya tepat.

    Boleh membantu mengurangkan beban kesakitan disebabkan penyakit seperti paru-paru, tekanan darah rendah, mati pucuk, darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, gout dll.
  • Copyright @ 2013 Jeligamat Emas.